Mata Air Cinta
jelma an bayangan kekasih
menurih perih hati tersisih
dah ancau dada.di sesak buih
memeluk luka lukaan nan pedih
sayang
sebenarnya apa nak kau cari
umpama
mengejar bayang kebut dikelam Rinai
isak dan sedu
menjadi irama di sepi diri
meruak
segala ingatan lama nan menoda mencedera i
daku bukan nak menagih kata
atau pula janji nan dah jadi abu
tapi mengapa jumpa jumpa lalu
seakan menjadi kisah sakit tak bisa sirna.
andai kau tahu betapa dada masih berharap lagi
biar jasad Zahir nyatanya terus melangkah pergi
nak balikpun pintu dah angkau kunci
memaksa aku pulang pada luka dalam diri
terbayang bayang
senyuman mu kaseh
terngiang-ngiang
tuturmu duhai cinta
tapi itu hanya igauan sahaja
nan tak mungkin nak balik semula
kusadari kini
semua mustahil nak jadi
asbab kau tiada lagi ada di sisi
aku hanya kirimkan dikau do a
semoga bahagia sepanjang masa
aku hanya kirimkan pohon
agar ma af darimu jadi pengiringan
langkah langkah
sepi ini.
Komentar
Posting Komentar